Saturday 11 August 2012

Rahmat Lailatul Qadar

Tinggal kurang 10 hari saja lagi bulan ramadan akan meninggalkan kita. Masa start awal puasa, rasa macam lama je nak sambut raya. Tapi bila dah start puasa, rasa sekejap pulak je nak raya. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah kite... Maknanya, bermula lah pencarian malam lailatulqadar utk merebut rahmat dari Allah S.W.T..

INFO LAILATUL QADAR 

Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:

Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ”

same2 kite byk bace doa kt bawah ni okay,,

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي 
Allahumma Innaka 'Afuwwun, Tuhibbul 'Afwa, Fa'fu 'Anni
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mahapemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

p/s: Mlm lailatul qadar ni rahsia Allah s.w.t...same2 lah kite memperbykkn amalan,,,


love.live.laugh

No comments: